Thursday, 30 September 2010

Decorate

Weekend saja masa yang lapang dalam perjumpaan kelas. Kali ni kami hias kelas g tu. Hanya ini saja yang tinggal dalam kenangan Form 6. Kami buat parti waktu tu tu yang ni saja yang kekal, yang lain semua tercabut. Biasalah kalau kelas kami bergabung dengan sesi petang, memandangkan sekolah kami tidak mempunyai kelas yang cukup. Seharusnya kelas Form 6 sudah terasing dari yang lain, namun projek pembinaan kelas khas untuk Form 6 masih dalam pembinaan. Tabah sajalah sampai kami memang tiada chance untuk duduk dibangunan baru. ahahaha. Rindu kamu semua, banyak kenangan sekolah yang kita buat sampai satu tahap semua berbisah mengejar cita2,dan kerjaya sendiri.

-K bye-

Wednesday, 29 September 2010

Still Learning

Ini adalah satu kemajuan yang puas bagi aku. Akhirnya terbina blog aku on my birthday setelah beberapa hari mencari info dari pengguna blogger di luar sana yang memberi maklumat mengenai cara buat blog. Yang penting kemahuan mesti ada. Banyak sumber yang boleh di perolehi untuk mempelajari blog. Tapi jujur memang aku jarang melayari laman sesawang. Terkial-kial mencari, dan mengedit, biasalah budak baru belajar merangkak ke alam maya. Ahaha, bila tukar templat, tukar semua pula padahal dah set jenis tulisan sampai laptop panas. Berulang kali mencuba tukar ini, warna ini... last2 hasilnya seperti ini sekarang.

Tak kisahlah orang nak kata apa, ketinggalan zaman, at least aku dapat membinanya.

Salam perkenalan.