Ini adalah satu kemajuan yang puas bagi aku. Akhirnya terbina blog aku on my birthday setelah beberapa hari mencari info dari pengguna blogger di luar sana yang memberi maklumat mengenai cara buat blog. Yang penting kemahuan mesti ada. Banyak sumber yang boleh di perolehi untuk mempelajari blog. Tapi jujur memang aku jarang melayari laman sesawang. Terkial-kial mencari, dan mengedit, biasalah budak baru belajar merangkak ke alam maya. Ahaha, bila tukar templat, tukar semua pula padahal dah set jenis tulisan sampai laptop panas. Berulang kali mencuba tukar ini, warna ini... last2 hasilnya seperti ini sekarang.
Tak kisahlah orang nak kata apa, ketinggalan zaman, at least aku dapat membinanya.
Salam perkenalan.
No comments:
Post a Comment